Pages

Social Icons

Friday 11 January 2013

Iman, Ibadah, Sembahyang dan Beramal

Rukun Islam atau kelayakan untuk menjadi Muslim ada lima perkara iaitu:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Menunaikan Haji sekali dalam seumur hidup.
  5. Membayar zakat.
Apabila kita membeli sebuah kereta yang baru, kita perlu servis kereta tersebut pada masa-masa yang tertentu dan kita perlu tukar beberapa bahan dan barang dari kereta tersebut. Servis dan penukaran tersebut sangat penting supaya kereta tersebut tidak mengalami sebarang masalah, kerosakan dan kemalangan.
Semua ibadah atau sembahyang dalam Agama Islam ialah sebuah kaedah servis untuk badan, roh dan minda. Setiap orang Muslim perlu melengkapkan ibadahnya supaya hatinya bersih dan suci, rohnya bebas dan badannya sihat dan cergas.
Semua ibadah dalam Agama Islam, disyaratkan oleh Allah SWT, pencipta sekalian manusia. Sebagaimana pencipta kereta menentukan tempoh servis dan masa tukar bahan kenderaan. Pencipta sekalian manusia Allah SWT, menentukan dan mengajar manusia cara servis badan,minda dan rohnya. Allah menentukan cara-cara servis yang tepat dan betul bagi setiap orang manusia.
Kaedah ibadah dalam Agama Islam sama sekali sangat berbeza dengan agama-agama lain. Kaedah ibadah dalam agama Islam tidak hanya bertujuan untuk mengingati dan bertunduk kepada Tuhan sekalian alam tetapi ia merangkumi banyak kebaikan lain yang penting untuk diri kita.

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqara: 110


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...