Pages

Social Icons

Friday 11 January 2013

Rukun Islam 4 : Mengeluarkan Zakat

Kasih sayang dan amalan membantu sesama manusia sangat digalakkan di dalam agama Islam. Dalam Islam kasih sayang dan menolong sesama manusia bukanlah hanya sekadar sebuah ajaran sahaja tetapi ia adalah sebuah amalan yang wajib.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doa mu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Tawba: 103) 

Zakat dalam Islam boleh  dikategorikan kepada dua, iaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan sahaja dan zakat harta.  Zakat harta diwajibkan di atas setiap orang Muslim yang mempunyai harta benda yang berlebihan dari keperluan asas. Sebuah kadar nisbah zakat ditentukan dalam Islam untuk setiap jenis harta benda dan kekayaan.
Agama Islam tidak mengutip zakat untuk memajukan agama, untuk membina masjid atau menambahkan kekayaan. Semua zakat yang dikutip hanya wajib digunakan untuk membantu orang-orang fakir, miskin, mualaf yang baru memeluk agama Islam, untuk membebaskan hamba, untuk menjelaskan hutang orang yang tidak mampu dan untuk membantu musafir yang sedang berada dalam perjalanan.

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawba: 60)

Satu-satunya sebab Islam mengutip zakat pada bulan Ramadan hanyalah untuk membatu mengurangkan beban dan memberi makanan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, manusia yang usur dan kurang upaya, dan golongan yang lemah. Apa lagi yang mampu seorang manusia melakukan untuk mengurangkan beban sesama manusia yang berada dalam kesusahan.
Seorang manusia yang mengeluarkan zakat secara langsung dan tidak langsung dia menghapuskan dosa-dosanya dan membantu golongan manusia yang lemah. Harta benda orang-orang Muslim hanya wajib digunakan untuk keperluan keluarga sendiri dan untuk membantu sesama manusia dengan cara yang baik.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Al-Furqaan: 67)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...