Pages

Social Icons

Friday 11 January 2013

Rukun Islam 3: Berpuasa

Apabila kita melihat penderitaan, kesusahan dan kebuluran penduduk Bosnia di televisyen atau surat khabar. Adakah kita dapat merasakan kesusahan mereka? Tahukah kita berapakah penderitaan mereka tanpa makanan? Apabila seorang pengemis atau orang fakir miskin minta sedekah dari kita, adakah kita dapat merasai kelaparan mereka?. Tidak bukan…
Setiap orang Muslim yang berpuasa dapat merasai penderitaan dari kelaparan kerana mereka akan kelaparan tanpa makan dan minum dari awal pagi sehingga malam, pada bulan Ramadan. Kalau saya tulis sepuluh muka surat tentang kelaparan pun anda tidak dapat memahaminya kecuali anda sendiri yang merasainya. Tujuan utama puasa ialah untuk mengenal erti kelaparan dan kesusahan.

Adakah berpuasa hanya untuk merasai kelaparan?. Tidak! 

Semasa seorang sedang berpuasa dari pagi sehingga malam; dia mengosongkan perutnya dan memberi peluang kepada perut dan usus untuk membersihkan diri dan mengeluarkan sisa-sisa makanan dan toksik yang terdapat dalam perut. Amalan berpuasa juga dapat mengurangkan kadar gula, kolesterol,lemak, asid, toksik dalam badan. Seorang yang berpuasa akan memberi peluang kepada anggota dalam badan kita untuk berehat dan membaiki anggota badan yang rosak.
Seorang manusia yang berada dalam kelaparan tidak sama sekali akan melakukan sebarang jenayah atau kesalahan; kerana ego atau syaitan setiap orang  manusia yang berada dalam kelaparan tidak akan berfungsi atau agak lemah. Apabila seseorang dapat melatih dirinya dari melakukan kesalahan untuk sebulan; sudah tentu dia dapat melanjutkan keadaan ini buat selama-lamanya seumur hidup.
Apabila seorang sembahyang atau berzikir dengan perut yang kosong kuasa dalamannya akan sangat aktif dan berfungsi dengan serba lengkap. Seorang yang melatih ini untuk masa yang panjang akan mencapai sebuah tempat yang tinggi dalam rohani dan batin. Semua anggota badan, aura, Chakra, dan kuasa dalamannya akan dapat berfungsi dengan baik dan dengan penuh berkuasa.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqara: 183)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...